Tahniah kepada semua Ahli Kelab Senibudaya PPUKM yang terlibat pada Majlis Makan Malam Deligasi Universiti Padjajaran, Indonesia

            Kelab Seni Budaya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli senibudaya yang terlibat kerana telah menjayakan persembahan dan tugas masing2 dengan berjaya. Majlis makan malam dimulai dengan persembahan tarian pembukaan dari kumpulan penari senibudaya. Setelah selesai ucapan dari wakil PPUKM dan UnPad yang telah di MC kan oleh Cik Azura, persembahan diteruskan dengan nyanyian oleh penyanyi kita iaitu Aisyah dan Ibnil Shah. Lagu pertama Sandarkan pada kenangan sepatutnya dinyanyikan oleh Aisyah dan Tam telah di potong oleh Prof Dr Syed zulkifli. Beliau pulak yang berduet dengan aisyah dan sempat pulak buat solo unplug. persembahan diteruskan dengan nyanyian dari Ibil Shah dan persembahan memukau dari Kumpulan Kompang.

 

Pihak Unpad juga turut serta membuat persembahan. dimulakan dengan Persembahan Anglung (iaitu alat muzik dari buluh) menghasilkan sebuah lagu. selepas itu setiap tetamu yang hadir diberikan anglung dan dimainkan bersama. Persembahan Unpad diteruskan dengan persembahan band. Memang mantap macam artis rakaman.

Majlis penutup dengan persembahan tarian joget lambak dari kumpulan penari, Wakil  Unpad juga turut tidak ketinggalan berjoget bersama-sama dengan kumpulan penari.

Antara yang tidak sempat menjamu selera pada malam itu ialah Presiden kita En Irham, belaiu menjadi MC bergandingan dengan MC dari Unpad yang comel lotek. Alhamdulillah dan syukur, semoga kita mendapat lagi projek dan event yang besar yang diberi kepercayaan pada kita kelak. Diharapkan semua ahli dapat memberikan khidmat yang terbaik dimasa akan datang demi menaikkan nama Kelab Seni Budaya.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: