Institut Kraf Negara Konvokesyen IKN ke 7

kraf31

 

Institut Kraf Negara julung kali telah  mengadakan Konvokesyen IKN ke 7 pada 20 – 23 November 2008 yang lalu.

 Majlis Penyampaian Sijil akan di adakan pada 20.11.2008 (Khamis), Jam 8.00 pagi – 1.00 tengahari. Manakala Pesta Konvokesyen akan diadakan pada 20 – 23 November 2008 (Khamis – Ahad), bermula jam 9.00 pagi – 7.00petang.

 Pelbagai Aktiviti dan Program yang disediakan diantaranya, Gerai Kraf, Demonstrasi Kraf, Pameran Kraf, Lawatan Berpandu, Kuiz, Pertandingan Karaoke, Pertandiangan Menyumpit, dan pelbagai jenis pertandingan yang boleh disertai oleh orang ramai. Orang ramai adalah dijemput untuk menghadiri pesta ini bagi memeriahkan lagi program yang di adakan.

 Pengenalan Institut Kraf Negara

Pada tahun 1992 pihak Kraftangan Malaysia telah mula menggubal kurikulum latihan kemahirannya secara berperingkat-peringkat supya selaras dengan keperluan industri kraf semasa. Input pengajaran dan pembelajaran telah diseimbangkan di antara unsur kemahiran dan akademik atau praktis dan teori.

 Sehingga Rancangan Malaysia ke-6 (1995), Kraftangan Malaysia telah berjaya melahirkan hampir 8000 tenaga separuh mahir dan terlatih dalam 14 bidang kraf iaitu:

  • Logam Tembaga
  • Logam Perak
  • Batik Canting
  • Batik Blok
  • Tenunan Songket
  • Tenunan Pua
  • Tenunan Dastar
  • Kayu Kraf
  • Anyaman Buluh/Rotan
  • Tembikar
  • Tekatan
  • Kraf kaca

 Latihan tersebut telah dijalankan di (10) buah Cawangan Kraftangan Malaysia mengikut bidang pengkhususan tertentu.

 Pada tahun 1996 aktiviti latihan dipusatkan di kompleks Kraftangan di Taman Rekreasi Templer, Rawang Selangor. Enam bidang latihan di beri keutamaan iaitu batik, tenunan, rotan, kayu, seramik dan logam. Latihan masih dijalankan di peringkat sijil.

 Institut Kraf Negara telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2001, serentak dengan itu program Diploma Seni Kraf ditawarkan kepada pelajar-pelajar di samping Sijil Seni Kraf. Pengambilan pertama pelajar dibawah program Diploma telah dibuat dalam sessi pengajian 2002/2003.

 Program yang ditawarkan

Program Diploma

Diploma Seni Kraf Batik

Diploma Seni Kraf Tenunan

Diploma Seni Kraf Seramik

Diploma Seni Kraf Logam

Diploma Seni Kraf Kayu

Diploma Seni Kraf Rotan

Program Sijil

Sijil Seni Kraf Batik

Sijil Seni Kraf Tenunan

Sijil Seni Kraf Seramik

Sijil Seni Kraf Logam

Sijil Seni Kraf Kayu

Sijil Seni Kraf Rotan

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web IKN

http://www.kraftangan.gov.my

http://www.kraftangan.gov.my/IKN/index.html

kraf21

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: