Persembahan Dikir Barat di Perasmian Audit 5S MPC

dikirbarat

Kumpulan Dikir Barat PPUKM semakin melangkah kehadapan apabila dijemput membuat persembahan sempena hari audit 5S oleh MPC pada 29 Mei 2009 hari ini. Persembahan berjalan dengan lancar dan mendapat pujian dan tepukan gemurah dari para tetamu dan hadirin.

Lirik lagu 5S juga mendapat perhatian. Syabas kepada kumpulan Dikir Barat PPUKM.
Video Clip YouTube (hanya dapat dilihat diluar PPUKM sahaja..dalaman sudah kena block)

LAGU 5S

MARI BERSAMA KITA JAYAKAN
LIMA PERKARA MENJADI TUNJANG
SEMUA BANGSA SAMA AMALKAN
MENUJU JAYA JANA WAWASAN

LANGKAH PERTAMA KITA SISIHKAN
BARANG TAK GUNA KITA SINGKIRKAN
LANGKAH KEDUA KITA SUSUNKAN
BARU KERJA MENJADI SENANG

LANGKAH KETIGA KITA SAPUKAN
AGAR TEMPAT MENJADI TENANG
LANGKAH KEEMPAT KITA SERAGAMKAN
JADI IKUTAN JADIKAN AMALAN

LAGU KE 2

TUAN DAN PUAN 5S GAPO DIO
MULO-MULO KITO KENE SISIHKAN
KITO BUANG BARANG TAK GUNA
LEPAS SISIH KITA SUSUN IKUT URUTAN
BARU CARI MUDAH JUMPO
LEPAS SUSUN KITA SAPU SAPOH-SAPOH KITA BUANG
TEMPAT HOK SERABUT BIAR SEMPURNA
SEMO PERKARA KITA SERAGAM
TANGGUNGJAWAB ATAS KITA
AKHIR SEKALI KITA SENTIASA AMALKAN
BARU BOLEH BERJAYA

LAGU 3

TERUS MAJU KITA BOLEH MAJU
MAJU MENUJU KE PUNCAK JAYA
SAMA-SAMA KITA KENE GANDING BAHU
TAK KIRA WALAU APA BANGSA
KITA TETAP MATLAMAT HALA TUJU
KITA SAHUT SERUAN NEGARA

BERSATU BARU KITA BOLEH MAJU
MENCAPAI SEGALA CITA-CITA

Peringatan: lagu dan lirik ini adalah Hak Cipta terpelihara Kumpulan Dikir Barat PPUKM, Sebarang salinan tidak dibenarkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: