Fiesta Muzikal Dakwah Kontemporari 2012


Fiesta Muzikal Dakwah kontemporari

Kelab Senibudaya akan mengadakan pertandingan nyanyian 2012.

Pertandingan
Tarikh : 22 Disember 2012 – Akhir
Masa : Masa 2.00 – 5.00 Petang
Tempat : Auditorium PPUKM

Saringan
Tarikh : 18 Dis 2012
Masa : 8.45 – 11.00 Malam
Tempat : Auditorium PPUKM

Tema lagu adalah :  Muzikal Dakwah kontemporari

lagu mestilah berunsur

1. Nasihat
2. Kemanusiaan
3. Keamanan
4. Kerohanian

Contoh seperti lagu

Antara CONTOH lagu DAKWAH KONTEMPORARI:
1)Alhamdulillah – Too Phat & Yasin
2)Kalau Berpacaran – Suhaimi Mior Hassan & Ana Rafalli
3)Kepadamu Kekasih – M.Nasir
4)Insayaallah – Mahir Zain
5)Taffakur – Opick
6)Aku Cinta Allah – Wali Band
7)Andai Ku Tahu – Ungu
8)Padamu Ku Bersujud – Afgan
9)Hidup Dengan Senyuman – Dewa
10)Ketika Cinta Bertasbih – Melly Goeslow
11)Sujud – Mawi & KRU
12)Al-Jannah – Mawi
13)Dari Tuhan – Wings
14)Hukum Karma – Wings
15)Seruan – Lefthanded
16)Mentari Di Ufuk Timur – Search
17)Seroja – Jamal Abdillah
18)Bukan Kerna Nama – Ramli Sarip
19)Aku Tanpa Cinta – Mirwana & Jay Jay
20)Selimut Putih – Orkes El- Suraya

SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN FIESTA MUZIKA DAKWAH PPUKM 2012

1.0 PENYERTAAN
1.1 Penyertaan terbuka kepada semua kakitangan PPUKM.
1.2 Peserta boleh terdiri daripada individu dan berkumpulan.
1.3 Peserta perlu menyediakan sendiri CD dalam format minus one atau karaoke.
1.4 Peserta atau mana-mana ahli kumpulannya(bagi berkumpulan)dianggap tidak layak menyertai pertandingan ini sekiranya terdiri daripada penyanyi atau pemuzik professional. (Penyanyi atau pemuzik professional adalah mereka yang telah pernah menghasilkan album)
1.5 Peserta diwajibkan berpakaian sopan seiring dengan lagu dan mood dakwah yang disampaikan.(Menutup aurat sepenuhnya bagi muslim)

2.0 YURAN PENYERTAAN
2.1 Penyertaan adalah PERCUMA.

3.0 LAGU
3.1 Pemilihan lagu DIWAJIBKAN BERUNSUR DAKWAH DALAM BAHASA MELAYU ATAU INGGERIS.
3.2 Lagu peringkat saringan dan pertandingan akhir mesti lagu yang berlainan.
3.3 Lagu yang tidak beretika seperti lagu berirama Black Metal, lagu yang mempunyai senikata yang bertentangan dengan ajaran agama dan lagu-lagu yang seumpama dengan adalah dilarang sama sekali di dalam pertandingan ini.

4.0 PEMARKAHAN
Penilaian dilihat dari segi pemilihan lagu, gaya persembahan, kesesuaian pakaian dan kepatuhan pada syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Ia akan dinilai oleh hakim yang dilantik oleh pihak urusetia pertandingan. Keputusan panel adalah MUKTAMAD.

5.0 JURI
Para juri adalah terdiri daripada pemuzik professional dan mahir dalam bidang muzik.

6.0 LAIN-LAIN KETERANGAN
6.1 Penganjur akan menyediakan segala kelengkapan PA System semasa pertandingan sahaja.
6.2 Penganjur hanya menyediakan jamuan ringan untuk peserta pertandingan sahaja.
6.3 Sebarang kemalangan/ kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak dibenarkan membuat tuntutan kepada pihak penganjur.
6.4 Semua peraturan wajib dipatuhi.
6.5 Tarikh TUTUP penyertaan adalah pada 14 Disember 2012 (Jumaat). Sebarang penyertaan lewat tidak akan dipertimbangkan.
6.6 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada pihak Urusetia Pertandingan Fiesta Muzika Dakwah PPUKM 2012 di:

No. Telefon
: 03-9145 5772/ 019-2808527 (En. Irham Abdullah)
: 03-9145 5422/ 013-2383464 (En. Abdul Hamydy Abdul Hamid)
: 03-9145 5115/ 012-3499951 (En. Mohd Nizam Hashim)
: Ext 5093 (Pn. Noraziana petugas kaunter Blok Pendidikan untuk serahan CD Minus selewatnya pada jumaat 14 Dis 2012 sebelum jam 5.00pm)
7.0 PINDAAN KEPADA SYARAT
Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberi keadilan kepada semua pihak terlibat.

8.0 HADIAH YANG DITAWARKAN
8.1 Pemenang-pemenang dalam Pertandingan Fiesta Muzika Dakwah PPUKM 2012 akan mendapat Sijil Penyertaan, Cenderahati dan Wang Tunai seperti berikut:

Tempat pertama (Johan) – Wang Tunai RM500
– Cenderahati pertandingan
– Sijil Penyertaan

Tempat kedua (Naib Johan) – Wang Tunai RM250
– Cenderahati pertandingan
– Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga – Wang Tunai RM150
– Cenderahati pertandingan
– Sijil Penyertaan

Persembahan Terbaik – Wang Tunai RM100
– Cenderahati pertandingan
– Sijil Penyertaan

8.2 Peserta lain yang tidak berjaya akan menerima sijil penyertaan.
kepada yang berminat sila daftar di borang berikut:

One Response

  1. Antara CONTOH lagu DAKWAH KONTEMPORARI:

    1)Alhamdulillah – Too Phat & Yasin

    2)Kalau Berpacaran – Suhaimi Mior Hassan & Ana Rafalli

    3)Kepadamu Kekasih – M.Nasir

    4)Insayaallah – Mahir Zain

    5)Taffakur – Opick

    6)Aku Cinta Allah – Wali Band

    7)Andai Ku Tahu – Ungu

    8)Padamu Ku Bersujud – Afgan

    9)Hidup Dengan Senyuman – Dewa

    10)Ketika Cinta Bertasbih – Melly Goeslow

    11)Sujud – Mawi & KRU

    12)Al-Jannah – Mawi

    13)Dari Tuhan – Wings

    14)Hukum Karma – Wings

    15)Seruan – Lefthanded

    16)Mentari Di Ufuk Timur – Search

    17)Seroja – Jamal Abdillah

    18)Bukan Kerna Nama – Ramli Sarip

    19)Aku Tanpa Cinta – Mirwana & Jay Jay

    20)Selimut Putih – Orkes El- Suraya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: