PERTANDINGAN BINTANG PPUKM POP SEPANJANG ZAMAN 2013

PERTANDINGAN BINTANG PPUKM  POP SEPANJANG ZAMAN 2013 

Kelab Senibudaya akan mengadakan pertandingan nyanyian 2013.

Tarikh Tutup Penyertaan
Tarikh Akhir pendaftaran : 25 November 2013(Isnin)

Saringan
Tarikh : 26 November 2013 (Auditorium PPUKM)
Masa : 2.30pm-5.00pm
Tempat : Auditorium PPUKM

Pertandingan Akhir
Tarikh : 20 Disember 2013 (Dewan ASSC PPUKM)
Masa : 5pm-11.00pm
Tempat : (Dewan ASSC PPUKM)

Sila sediakan CD lagu anda sendiri

SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN BINTANG PPUKM POP SEPANJANG ZAMAN 2013

1.0 PENYERTAAN
1.1 Penyertaan terbuka kepada semua kakitangan PPUKM.
1.2 Peserta boleh terdiri daripada individu dan berkumpulan.
1.3 Peserta perlu menyediakan sendiri CD dalam format minus one atau karaoke.
1.4 Peserta atau mana-mana ahli kumpulannya(bagi berkumpulan)dianggap tidak layak menyertai pertandingan ini sekiranya terdiri daripada penyanyi atau pemuzik professional. (Penyanyi atau pemuzik professional adalah mereka yang telah pernah menghasilkan album)
1.5 Peserta diwajibkan berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

2.0 YURAN PENYERTAAN
2.1 Penyertaan adalah RM5

3.0 LAGU
3.1 Pemilihan lagu DIWAJIBKAN BERUNSUR MUZIK GENRE POP SEPANJANG ZAMAN BAHASA MELAYU ATAU INGGERIS.
3.2 Lagu peringkat saringan dan pertandingan akhir mesti lagu yang berlainan.
3.3 Lagu yang tidak beretika seperti lagu yang mempunyai senikata yang bertentangan dengan ajaran agama dan lagu-lagu yang seumpama dengan adalah dilarang sama sekali di dalam pertandingan ini.

4.0 PEMARKAHAN
Penilaian dilihat dari segi pemilihan lagu, gaya persembahan, kesesuaian pakaian dan kepatuhan pada syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Ia akan dinilai oleh hakim yang dilantik oleh pihak urusetia pertandingan. Keputusan panel adalah MUKTAMAD.

5.0 JURI
Para juri adalah terdiri daripada pemuzik professional dan mahir dalam bidang muzik.

6.0 LAIN-LAIN KETERANGAN
6.1 Penganjur akan menyediakan segala kelengkapan PA System semasa pertandingan sahaja.
6.2 Sebarang kemalangan/ kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak dibenarkan membuat tuntutan kepada pihak penganjur.
6.3 Semua peraturan wajib dipatuhi.
6.4 Tarikh TUTUP penyertaan adalah pada 25 November 2013(Isnin). Sebarang penyertaan lewat tidak akan dipertimbangkan.
6.5 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada pihak Urusetia Pertandingan Bintang PPUKM 2013 di:

No. Telefon : 03-9145 5177/ 013-298 9427 (En. Ahmad Bukhari)
: 03-9145 5772/ 019-280 8527 (En. Irham Abdullah)

7.0 PINDAAN KEPADA SYARAT
Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberi keadilan kepada semua pihak terlibat.

8.0 HADIAH YANG DITAWARKAN
8.1 Pemenang-pemenang dalam Pertandingan Bintang PPUKM 2013 akan mendapat Sijil Penyertaan, Cenderahati dan Wang Tunai seperti berikut:

Tempat pertama (Johan) – Wang Tunai RMxxx – Ada perubahan akan diupdate semula
– Cenderahati pertandingan
– Sijil Penyertaan

Tempat kedua (Naib Johan) – Wang Tunai RMxxx – Ada perubahan akan diupdate semula
– Cenderahati pertandingan
– Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga – Wang Tunai RMxxx – Ada perubahan akan diupdate semula
– Cenderahati pertandingan
– Sijil Penyertaan

Persembahan Terbaik – Cenderahati pertandingan
– Sijil Penyertaan

8.2 Peserta lain yang tidak berjaya akan menerima sijil penyertaan.

9.0 TARIKH SARINGAN DAN AKHIR PERTANDINGAN
Tarikh Saringan : 26 November 2013 (Auditorium PPUKM)
Tarikh Akhir : 20 Disember 2013 (Dewan ASSC PPUKM)

Kepada yang Berminat sila isi borang penyertaan berikut:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: